Rempit vs Impak Maksima

Rempit vs Impak Maksima ialah sebuah drama televisyen Malaysia arahan Ahmad Idham untuk TV3 yang bertemakan aksi mat rempit dan lumba drifting, yang terdiri daripada telefilem yang disiarkan sempena Aidilfitri pada 3 Oktober 2008, 9 malam,[1] disusuli siri 13 episod yang disiarkan dalam slot Aksi (Isnin, 9 malam) dari 16 Februari hingga 11 Mei 2009. Walaupun nampaknya menggabungkan tajuk dua filem arahan Ahmad Idham, iaitu Remp-It dan Impak Maksima, namun drama ini tiada kena-mengena dengan jalan cerita filem-filem tersebut, apatah lagi siri TV Impak Maksima.